Selebat gerimis dihati
Semisteri air di Laut Mati..
Wahai diri mengapa kau bersedih..
Mengapa kau merasa dunia ini tidak lagi beerti
Mengapa kau meragui kasihNya Ilahi..
Mengapa kau tidak percaya adanya Allah disisi..
Kau mencari-cari damainya dihati..
Kau teraba-2 dimananya kebebasan hati..
Kau bingung, alpa ..
Kau tidak mengerti mengapa harus ini yang kau hadapi..
Kau menanti bilakah apa yang kau mahu akan didapati..
Kau merasakan Tuhan tidak lagi menyayangi..
Oh tidak ! Jangan sesekali bergitu, duhai muslimah..
Engkau jiwa yang baik..
Hatimu sebenarnya merindui Allah..
Cuma engkau keliru..
Mengapa mesti begitu?
Mengapa kau menzalimi dirimu..
Sedangkan dirimu tidak berhak disakiti..
Roh dan jasadmu milik Ilahi yang terindah..
Mengapa kau tegar biarkan hatimu disakiti..
Engkau jiwa yang besar yang dihadiahkan Ilahi..
Kau punya hati yang tabah menghadapi ujian..
Engkau jiwa yang benar-benar hebat !
Andai disuruh pilih kebahagiaan atau derita ..
Mengapa engkau pilih derita?
Mengapa kau pilih untuk disakiti..
Pulanglah kepada-Nya yang lebih menyayangimu..
Kembalilah seluasnya hidup berTuhan..
Kembali kepada-Nya .
Ya ! benar bak kata pepatah,
"Biarpun sedih, namaNya yang kau cari"
"Biarpun susah, namaNya yang kau panggil"
Sungguh hebat cinta Ilahi !
Senyumlah, dan usapi tangisanmu..
Kerana Dia benar-2 dekat denganMu..
